Letusan 2010 Eyjafjallajökull

Fimmvorduhals pada 27 Mac 2010

Gunung berapi ini meletus dua kali pada tahun 2010, iaitu bermula 20 Mac dan 15 April. Letusan awal pada 20 Mac dikesan kira-kira 8 kilometer (5.0 mi) di timur kawah puncak gunung ini, di Fimmvörðuháls, iaitu leher tinggi antara Eyjafjallajökull dan tukup ais jiran, Mýrdalsjökull. Letusan berlaku dalam bentuk lohong rekahan.

Pada April, kegiatan seismos dikesan di kawasan gunung berapi ini, dengan ribuan gempa bumi kecil (bermagnitud 1–2 ML) 7–10 kilometer (4.3–6.2 mi) di bawah gunung.[2] Ia meletus semula pada 14 April, kali ini daripada kawah puncak.[3] Ia dianggarkan 10 hingga 20 kali ganda lebih besar daripada letusan pertama, dan membebaskan abu gunung berapi beberapa kilometer tinggi di atmosfera. Letusan ini menyebabkan gangguan teruk dalam lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara.[4]

Setakat Ogos 2010, Eyjafjallajökull dianggap tidak lagi aktif.[5]

Rujukan

WikiPedia: Eyjafjallajökull http://scienceblogs.com/eruptions/2010/03/increasi... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=... http://www.vedur.is/media/vedurstofan/utgafa/skyrs... http://www.vedur.is/um-vi/frettir/2010/nr/1831 http://wayback.vefsafn.is/wayback/20050622124628/w... http://www.millhouse.nl/eyjafjallajokull/ http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/8636461.stm http://www.metoffice.gov.uk/news/releases/archive/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Eyjafj...